Siapakah Viv Anderson…?

Sepanjang EURO 2012 ni aku hanya tgk kat TV3 kalau nak tgk live match. Rumah xde astro, kene mengharapkan yg free ajelah. Kalau xpun, tgk live kat streaming. Kalau kita tgk pengulas rancangan bual2 bola sebelum, semasa rehat dan selepas game akan ada sorang mamat kulit hitam yang turut sama mengulas. Aku pun tertanya siapakah mamat ni?

20120629-022432.jpg
Kaler kulit ada mcm Zainal Abidin Hassan, muka pun ada sikit tapi xde misai..

Risik punya risik rupanya dia ini ada boleh tahan juga sebenarnya adalah seorang legend dalam dunia bola sepak dan telah merevolusikan bola sepak England. England antara negara yg rakyatnya satu masa dulu dan masih menebal sehingga sekarang adalah negara yg kuat isu perkaumannya. Jadi untuk sesorang berkulit hitam untuk mewakili negara mereka pada masa dahulu merupakan satu benda yang agak taboo. Tapi oleh kerana sikap dan skill beliau, tanggapan itu telah berubah dan mengubah landskap bolasepak England satu masa dahulu. Even termasuk dalam senarai 100 great black britons…!! (klik)

Rasanya sepatutnya TV3 lebih highlight tentang kesudian beliau untuk mengulas sepanjang masa EURO ini berlangsung. Siapakah TV3 kalau nak dibandingkan dgn channel lain yg boleh beliau pilih..? Seolah mendapat penghormatan yg tidak sepatutnya untuk seorang bekas pemain bola berstatus legend jadi mcm pengulas setaraf pengulas TV3. Kedudukan kerusi dia pun kat hujung2 je…Bayangkan kalau 10 tahun lagi David Beckham yg mengulas untuk rancangan TV3..?

20120629-024416.jpg
Masa main untuk England..Dulu2 suar ketot je..

Sumber/nak tau lagi:
Wiki
www.100greatblackbritons.com

#mood: dah mls skit nak tgk sampai final psl France dah balik..

Advertisements