WTR??!!

Hi…post ni dikarang di LCCT, transit sblm ke Langkawi dari JB. Ada la 4 jam jugak menunggu..last minit beli tiket punya pasal.
Ok, benda yg menarik nak share ialah betapa sikap tak menyabarnya penumpang2 yang naik kapal terbang airasia ni, tak tau la kalau flight lain. Mungkin diaorang lebih tertib, sebab airasia ni dah rasa mcm naik bas ekspress pun ye jugak.

1. Masa sblm naik kapal terbang (boarding)-dah jelas2 kat tiket tu dah ditetapkan tempat duduk memasing, tapi x sempat staff airasia tu bukak line lagi dah lincah2 beratur, berebut2. Ada hadiah percuma ke kalau naik cepat ni? Stewardess tu bg no telepon ke pada penumpang pertama naik?

2. Masa kapal terbang baru landing-kapal terbang masih bergerak atas landasan dah start on telepon dan buat panggilan kepada saudara mara nak mengatakan dah sampai. Mungkin dah 10 tahun x jumpa. Buatnya ganggu sistem elektronik kapal terbang, ada yg boeing 747 termasuk dlm airport lak.

3. Masa kapal terbang dah berhenti-pilot baru je lepaskan break, handbrake tak sempat tarik lagi dah berebut nak keluar dari kapal terbang. Umpama kebakaran sedang berlaku. Tangga airasia tu x sempat sampai lagi pun kat pintu. Sudahnya aku yg duduk tgh ni terpaksa jugak berdiri nak bagi laluan yg penumpang x sabar yg duduk tepi tingkap. Pastu terbongeng tunggu dalam 1 minit stgh untuk stewardess yg bg no telepon kpd pemenang naik kapal terbang pertama tadi bukak pintu.

4. Masa masuk ke dalam airport-ini xde sgt aksi memberansangkan la..psl aku pun tak tau, psl mmg kebiasaannya takkan cek in beg. Leceh nak tunggu lantai berpusing tu hantar beg. Jimat masa dan duit…

Sekian utk edisi lincah kaduk. Melaporkan dari LCCT.

#enjoy the journey la guys…WTR??

20120307-101455.jpg