Mitochondrial Eve Theory: antara bukti manusia bukan dari monyet..

Sebagai seorang muslim, kita mempercayai bahawa manusia berasal dari Nabi Adam dan Hawa. Namun terdapat seorang bapak monyet bernama Charles Darwin yang memomokkan pemikiran kita dengan mengatakan bahawa manusia terhasil dari evolusi yang sebahagian teorinya menyatakan leluhur kita berasal dari monyet. Itu benda yang kita tahu; dan sebahagian dari konsep iman, kita mempercayai apa yang disampaikan oleh Allah dan Rasul-Rasulnya.

20120629-211711.jpg
Charles Darwin…bapak monyet..

Tetapi teori yang dibawa oleh bapak monyet Charles dan diteruskan usahanya oleh anak2 didiknya semakin ditenggelamkan oleh juga pengkaji2 DNA yang menuruti mereka. Tidak ingat apa nama rancangan yang disiarkan di Astro sikit masa dulu, ada satu dokumentari itu memaparkan penemuan baru bahawa sebenarnya semua manusia itu berasal dari satu ibu.

Sedikit perkongsian dari seorang penulis di internet, Josh Clark(klik) agar kita dapat memahami dan akhirnya membuktikan kebenaran Al-Quran itu sendiri.

Sila baca artikel beliau di sini:
http://science.howstuffworks.com/environmental/life/evolution/female-ancestor.htm

Sedikit panjang penjelasannya, tapi dpt membuka minda..

Terdetik di hati alangkah baiknya andainya pengkaji2 ini menghayati apa yang disampaikan Al-Quran dan yang mengkaji juga terdiri dari orang2 Islam.

#mood: teringat lagu Wings/Awie..orang campur monyet jadi monyet..

20120629-211513.jpg
Aku bukan sedara kau la…!!!!

<a

Advertisements

Bila otak dan hati bergabung.

Otak kata ya, hati kata tidak,
Otak kata tidak, hati kata ya,
Dua bahagian badan takkan bergabung tapi selalu bertembung,
Otak itu boleh menggerak, memberi arahan, namun terkadang lambat untuk bertindak,
Otak perlu masa untuk dibentuk, antara hati dan otak, lebih lagi hati dari otak,
Kerana hati memberi arahan dan gerak sebelum masih ada otak,
Langkau usia makin lagi besar otak, hati masih lagi mengawal otak,
Kerana itu hati dan otak selalu sahaja berantak,
Mana hati yang kuat tak dapat dibatasi otak,
Namun langkau usia itu hati dan otak makin serentak,
Bila makin serentak hati dan otak,
Pada masa itu hati akan menghormati otak,
Semoga sampai masa kelak.

20120225-030122.jpg

Apa, bagaimana?

Apa nak cerita? Bagaimana nak cerita? Soalan biasa bila baru nak start blogging. Dulu pernah ada blog, tapi sekadar untuk luahan rasa apa nak cerita, nak karang. Blogger sekarang banyak berita, cerita..dah boleh ganti suratkhabar, berita. walaupun kadang2 pelik dan tak berapa nak betul belaka.

Jadi, nak ikut orang atau sendiri punya rasa? Biarlah bercerita apa yang aku tahu dan berlaku di sekeliling saja.

#mood: ngantuk, bz, duit tak berapa ada.