Panduan memilih penyedia PA system untuk majlis perkahwinan.

Untuk majlis perkahwinan tentunya anda inginkan suasana yang meriah dan selalunya PA system menjadi pilihan keluarga pengantin untuk menghiburkan jemputan-jemputan yang hadir.  Di sini disertakan sedikit panduan ketika memilih penyedia PA system:

Ketahui keperluan anda:

1)      Lokasi?

Dewan: pastikan penyedia PA system anda mempunyai sound system/PA system yang baik kerana sifat bunyi yang antaranya boleh bergema di dalam dewan. Selain PA system yang baik, anda boleh melihat sekiranya dewan itu mempunyai sistem penyerap bunyi yang baik atau tidak.

Rumah/outdoor: bila di rumah/outdoor keluasan tempat memainkan peranan yang penting. Untuk tempat yang luas pastikan penyedia PA system anda mempunyai lebih dari hanya 2 speaker kerana anda tidak mahu bunyi yang terlalu kuat di satu kawasan dan perlahan di kawasan yang lain. Selalu terjadi bunyi yang terlalu bingit di sebahagian kawasan hanya untuk menyampaikan bunyi di seluruh kawasan rumah. Selain itu pastikan penyedia PA system anda mempunyai PA system yang cukup kuat untuk kawasan yang terlalu luas.

2)      Emcee atau deejay?

Nampak sama tapi berbeza, deejay biasanya hanya berceloteh di konti/tempat kawalan. Sementara emcee menjadi pengacara yang membantu perjalanan majlis dan lebih menyerlahkan diri ketika majlis berlansung. Sekiranya anda inginkan majlis yang lebih formal (biasanya di dewan) pastikan penyedia PA system anda mempunyai emcee yang baik dan berpengalaman dalam perjalanan majlis. Emcee atau deejay yang baik akan menjadikan perjalanan majlis anda lebih meriah, lancar dan tidak kelam kabut.

3)      Karaoke atau tiada karaoke?

Bergantung kepada keluarga anda, sekiranya keluarga anda sukakan karaoke maka lebih meriah majlis anda. Namun diingatkan tak semua yang suka berkaraoke suaranya sedap!! Emcee/deejay yang berpengalaman akan menghadkan masa yang sesuai untuk berkaraoke, biasanya sebelum pengantin sampai dan selepas majlis bersanding dan makan damai.

Sistem karaoke juga penting sekiranya anda memutuskan untuk menyediakan karaoke kepada tetamu. Pastikan penyedia PA system anda mempunyai pilihan lagu yang meluas dan pantas mengendalikan pilhan penyanyi-penyanyi. Sebaiknya penyedia PA system anda menggunakan komputer untuk mengelakkan masalah CD tersangkut-sangkut dan lebih pantas menukar lagu pilihan.

Lain-lain perkara yang penting:

Sebaiknya anda melihat sendiri setup penyedia PA system anda dan ketika mereka beraksi. Minta izin untuk ikut serta penyedia PA system anda ketika mereka mengendalikan majlis. Jadi anda dapat lihat sendiri kesesuaian mereka dengan majlis anda dan memastikan PA system mereka sedap didengar atau tidak. Jenama PA system tidaklah terlalu penting tetapi bagaimana mereka membuat setup atau tuning PA system itu lebih penting.

Beritahu jadual majlis anda kepada penyedia PA system sebelum hari majlis.Sekiranya ada lagu romantik pilihan anda pastikan anda beritahu awal-awal agar penyedia PA system anda dapat bersedia. Jangan download sendiri dan serahkan pada hari majlis kerana muzik dari mp3 yang anda download kadangkala kualitinya tidak baik. Juga sediakan maklumat anda dan keluarga yang lengkap untuk emcee anda war-warkan semasa majlis berlansung.

Kenapa perlu penyedia PA system yang bagus?

Sebenarnya bagus atau tidak sesuatu penyedia PA system adalah subjektif, bergantung atas keperluan dan kesukaan anda. Namun kebiasaannya mengikut pengalaman saya, pelanggan sering gagal untuk memberitahu keperluan mereka jadi penyedia PA system kurang bersedia. Juga sikap “asal ada bunyi” pelanggan; kerana walaupun bunyi PA system tidak terakam dalam gambar sebagaimana pelamin, mekap dan hiasan dewan, mood atau suasana majlis itu akan terakam dalam ingatan tetamu. Bayangkan anda melangkah ke dewan yang bingit, tentunya tetamu tidak selesa untuk beramah mesra dan mencacatkan kemeriahan majlis anda. Emcee yang baik juga akan membuatkan anda sebagai pengantin selesa dan gembira di atas pelamin kerana perjalanan majlis anda lancar dan tidak kelam kabut.

Iklan: penyedia PA system untuk majlis anda (klik logo):

Advertisements

One response to “Panduan memilih penyedia PA system untuk majlis perkahwinan.

  1. Ada yang komen dalam FB yang paling penting harganya..well, itu sbb sebaiknya kita tgk penyedia PA system kita “beraksi” baru kita tahu berbaloi atau tidak dengan charge yang dikenakan. Kalau murah tapi telinga tak sedap mendengar dan hambar pun tak ok jugak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s