Mitochondrial Eve Theory: antara bukti manusia bukan dari monyet..

Sebagai seorang muslim, kita mempercayai bahawa manusia berasal dari Nabi Adam dan Hawa. Namun terdapat seorang bapak monyet bernama Charles Darwin yang memomokkan pemikiran kita dengan mengatakan bahawa manusia terhasil dari evolusi yang sebahagian teorinya menyatakan leluhur kita berasal dari monyet. Itu benda yang kita tahu; dan sebahagian dari konsep iman, kita mempercayai apa yang disampaikan oleh Allah dan Rasul-Rasulnya.

20120629-211711.jpg
Charles Darwin…bapak monyet..

Tetapi teori yang dibawa oleh bapak monyet Charles dan diteruskan usahanya oleh anak2 didiknya semakin ditenggelamkan oleh juga pengkaji2 DNA yang menuruti mereka. Tidak ingat apa nama rancangan yang disiarkan di Astro sikit masa dulu, ada satu dokumentari itu memaparkan penemuan baru bahawa sebenarnya semua manusia itu berasal dari satu ibu.

Sedikit perkongsian dari seorang penulis di internet, Josh Clark(klik) agar kita dapat memahami dan akhirnya membuktikan kebenaran Al-Quran itu sendiri.

Sila baca artikel beliau di sini:
http://science.howstuffworks.com/environmental/life/evolution/female-ancestor.htm

Sedikit panjang penjelasannya, tapi dpt membuka minda..

Terdetik di hati alangkah baiknya andainya pengkaji2 ini menghayati apa yang disampaikan Al-Quran dan yang mengkaji juga terdiri dari orang2 Islam.

#mood: teringat lagu Wings/Awie..orang campur monyet jadi monyet..

20120629-211513.jpg
Aku bukan sedara kau la…!!!!

<a

Advertisements

Siapakah Viv Anderson…?

Sepanjang EURO 2012 ni aku hanya tgk kat TV3 kalau nak tgk live match. Rumah xde astro, kene mengharapkan yg free ajelah. Kalau xpun, tgk live kat streaming. Kalau kita tgk pengulas rancangan bual2 bola sebelum, semasa rehat dan selepas game akan ada sorang mamat kulit hitam yang turut sama mengulas. Aku pun tertanya siapakah mamat ni?

20120629-022432.jpg
Kaler kulit ada mcm Zainal Abidin Hassan, muka pun ada sikit tapi xde misai..

Risik punya risik rupanya dia ini ada boleh tahan juga sebenarnya adalah seorang legend dalam dunia bola sepak dan telah merevolusikan bola sepak England. England antara negara yg rakyatnya satu masa dulu dan masih menebal sehingga sekarang adalah negara yg kuat isu perkaumannya. Jadi untuk sesorang berkulit hitam untuk mewakili negara mereka pada masa dahulu merupakan satu benda yang agak taboo. Tapi oleh kerana sikap dan skill beliau, tanggapan itu telah berubah dan mengubah landskap bolasepak England satu masa dahulu. Even termasuk dalam senarai 100 great black britons…!! (klik)

Rasanya sepatutnya TV3 lebih highlight tentang kesudian beliau untuk mengulas sepanjang masa EURO ini berlangsung. Siapakah TV3 kalau nak dibandingkan dgn channel lain yg boleh beliau pilih..? Seolah mendapat penghormatan yg tidak sepatutnya untuk seorang bekas pemain bola berstatus legend jadi mcm pengulas setaraf pengulas TV3. Kedudukan kerusi dia pun kat hujung2 je…Bayangkan kalau 10 tahun lagi David Beckham yg mengulas untuk rancangan TV3..?

20120629-024416.jpg
Masa main untuk England..Dulu2 suar ketot je..

Sumber/nak tau lagi:
Wiki
www.100greatblackbritons.com

#mood: dah mls skit nak tgk sampai final psl France dah balik..

Berapa hari lagi nak puasa?

Bg yg tak perasan tentang bulan islam..tanda2 nak masuk bulan puasa:

-keluarlah iklan kurma berbisik..Yusofff Thaiyobbb….
-maka banyaklah gambar2 sampel kuih/biskut raya kat facebook..
-sama jugak dgn kain, tudung, baju kurung..
-pekerja2 majlis/jawatankuasa penduduk duk sibuk mengecat petak meniaga bazar..
-keluar iklan ketupat beras Faiza.

Apa lagi ek? Sila tambah..

#mood: nak makan kek coklat.. 🙂

Buah bertangkai…

20120625-000308.jpg

Inilah dia En Yusoff Taiyoob…

20120625-000521.jpg