Cuti di hari jumaat?

20120225-021629.jpg

Masih ingat lagi bila masa hari cuti rasmi di johor adalah hari jumaat dan sabtu. Rasanya byk kelebihan daripada cuti hari sabtu dan ahad pada masa sekarang ni:

1-anak2 lebih mudah diajar mendekati masjid bila masa ayah dan anak boleh bersama2 pergi ke masjid kerana si ayah tak bekerja dan anak tak bersekolah. Pada masa sekarang ayah2 mungkin tak sempat pun balik rumah kerana sembahyang di tempat yg berdekatan dgn tmpt kerja.

2-masih lagi aku ingat pada hari ini para ibu akan menyajikan makanan istimewa pada minggu itu kerana semua ada di rumah sekaligus seakan merayakan sebagai hari jumaat adalah hari yg istimewa, penghulu segala hari. Dengan si anak membantu di dapur sekaligus mengeratkan hubungan kekeluargaan.

3-umat islam terutama lelaki lebih khusyuk atau tenang mengerjakan ibadah sembahyang jumaat kerana tidak terburu2 utk menyambung tugas masing2. Kurang sudah lelaki berbaju melayu ketika solat jumaat. Tidak kurang juga yg bersembahyang dengan baju yang kurang bersih setelah bekerja kerana tak sempat menukar baju kerja.

4-dapat mengurangkan kaum lelaki yg ponteng sembahyang. Tidak akan atau kurang sekali timbul tak sempat sembahyang jumaat kerana bekerja atau tidak dibenarkan majikan.

5-dari segi ekonomi pun baik kerana kesempatan masa rehat panjang ini byk digunakan oleh para wanita untuk membeli belah bersama rakan2.

6-produktiviti kerja pada hari jumaat memang kurang kerana masa rehat yg agak lama itu. Tapi bukan lebih masa rehat itu digunakan untuk berada di masjid, tetapi makan, bersembang, membeli belah dan tak kurang tido. Kalau di pejabat kerajaan biasanya pukul 3 baru timbul, sedangkan sebelum jam 2 dah selesai solat jumaat.

7-untuk menggantikan masa rehat jumaat yg panjang itu, masa balik kerja dilewatkan setengah jam, masa yang lebih elok kalau digantikan untuk bersama keluarga.

8-malam jumaat tidak digunakan sebaik mungkin untuk beribadat dan meramaikan masjid/surau kerana pada fikiran esok perlu kerja, tak boleh lama di masjid kerana perlu rehat.

9-….tambah la kalau rasa nak tambah…

#mood: teringat nasi ayam masakan ibu…

Bila otak dan hati bergabung.

Otak kata ya, hati kata tidak,
Otak kata tidak, hati kata ya,
Dua bahagian badan takkan bergabung tapi selalu bertembung,
Otak itu boleh menggerak, memberi arahan, namun terkadang lambat untuk bertindak,
Otak perlu masa untuk dibentuk, antara hati dan otak, lebih lagi hati dari otak,
Kerana hati memberi arahan dan gerak sebelum masih ada otak,
Langkau usia makin lagi besar otak, hati masih lagi mengawal otak,
Kerana itu hati dan otak selalu sahaja berantak,
Mana hati yang kuat tak dapat dibatasi otak,
Namun langkau usia itu hati dan otak makin serentak,
Bila makin serentak hati dan otak,
Pada masa itu hati akan menghormati otak,
Semoga sampai masa kelak.

20120225-030122.jpg

Apa, bagaimana?

Apa nak cerita? Bagaimana nak cerita? Soalan biasa bila baru nak start blogging. Dulu pernah ada blog, tapi sekadar untuk luahan rasa apa nak cerita, nak karang. Blogger sekarang banyak berita, cerita..dah boleh ganti suratkhabar, berita. walaupun kadang2 pelik dan tak berapa nak betul belaka.

Jadi, nak ikut orang atau sendiri punya rasa? Biarlah bercerita apa yang aku tahu dan berlaku di sekeliling saja.

#mood: ngantuk, bz, duit tak berapa ada.